ARTIKEL

Ucapan takziah dari Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan takziah kepada Tun Jeanne Abdullah serta seluruh keluarga atas pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, malam tadi.

Ucapan ikhlas tersebut disampaikan menerusi sepucuk surat kepada Tun Jeanne, menyatakan rasa sedih dan dukacita atas kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Saya dan isteri, Puan Sri Juma’ani, ingin merakamkan ucapan takziah kepada Tun dan seisi keluarga atas pemergian Tun Abdullah.

“Kami mendoakan agar Tun sekeluarga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan,” katanya dalam surat berkenaan.

Allahyarham Tun Abdullah, yang memegang tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelima dari tahun 2003 hingga 2009, disifatkan sebagai seorang negarawan sejati yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara.

Menurut Abang Johari, pemergian Allahyarham adalah kehilangan yang amat dirasai rakyat, dengan sumbangannya yang tidak berbelah bagi kepada negara.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Saya, mewakili keluarga serta seluruh rakyat Sarawak, mendoakan agar Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Amin,” tambah beliau dalam surat tersebut.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof, akan mewakili Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Istiadat Pengebumian Negara yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pada jam 11.00 pagi hari ini.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU