ARTIKEL

FOTO: IG naykilla

Uhuk Uhuk jadi fenomena di Tiktok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAGU iklan OBH Combi Sachet Uhuk Uhuk, hasil kolaborasi Naykilla, Tenxi dan Jemsii, kini mencetuskan fenomena di platform TikTok apabila menjadi antara audio yang paling banyak digunakan oleh pengguna media sosial.

Pada asalnya, lagu tersebut dihasilkan sebagai lagu promosi bagi kempen ubat batuk OBH Combi Sachet.

Namun, melodi yang mudah diingati serta lirik yang ringkas seperti “Uhuk Uhuk”, yang kedengaran seakan-akan batuk, berjaya mencuri perhatian ramai sehingga audio berkenaan tular dan digunakan secara meluas dalam pelbagai kandungan kreatif.

Video persembahan lagu yang dimuat naik menerusi akaun Instagram rasmi OBH Combi turut meraih lebih 17 juta tontonan sejak dikongsikan, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa daripada pengguna media sosial di seluruh rantau ini.

Fenomena tersebut menyaksikan lagu berkenaan digunakan dalam pelbagai jenis kandungan di TikTok, termasuk video harian, kandungan komedi, tarian serta pelbagai trend lain.

Ramai pencipta kandungan turut menghasilkan pelbagai versi parodi dan suntingan kreatif menggunakan audio berkenaan bagi mengikuti trend semasa.

Kejayaan tersebut membuktikan sesebuah lagu iklan bukan sahaja berfungsi sebagai medium promosi, malah mampu berkembang menjadi kandungan hiburan yang diminati ramai di luar tujuan asal pemasarannya.

Kolaborasi Naykilla, Tenxi dan Jemsii sememangnya tidak asing dalam industri muzik Indonesia.

Sebelum ini, trio berkenaan turut mencuri perhatian menerusi beberapa karya yang tular di media sosial.

Antara lagu yang mendapat sambutan hangat ialah Garam & Madu serta Kasih Aba-Aba, yang membantu memperkenalkan nama mereka kepada khalayak serantau.

Kejayaan karya-karya tersebut menjadikan setiap kolaborasi Naykilla, Tenxi dan Jemsii terus dinantikan peminat, termasuk menerusi lagu iklan OBH Combi Sachet Uhuk Uhuk yang kini mencetuskan fenomena tersendiri di media sosial.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian