ARTIKEL

Ukur suhu badan di dahi jamin ketepatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Alat pengukur suhu badan harus digunakan di dahi bagi menjamin ketepatan bacaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata menggunakan alat pengukur suhu badan di tempat lain selain dahi boleh menyebabkan ketepatan bacaan suhu diragui.

“Orang ramai perlu patuh kepada cara penggunaan alat mengukur suhu badan iaitu dengan menggunakannya di dahi bagi memastikan ketepatan bacaan suhu,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini, semlam.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini belum ada laporan diterima mengenai kesan sampingan (penggunaan pengukur suhu badan di dahi) walaupun ada kebimbangan dalam kalangan masyarakat berhubung penggunaan peralatan berkenaan.

“Tidak ada bukti saintifik mengatakan (penggunaan pengukur suhu badan di dahi) boleh sebabkan penyakit lain,” jelasnya apabila ditanya mengenai tindakan segelintir pihak menggunakan alat pengukur suhu badan di tangan.

Mengulas mengenai kajian pelitup muka guna semula bagi pelajar sekolah, beliau menjelaskan pihaknya telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghasilkan pelitup muka fabrik yang boleh dibasuh.

“Sebagai contoh setiap pelajar diberi fabric face mask, satu pakai dan satu lagi dicuci. Itu adalah konsep. Kalau kita boleh dapatkan cukup pelitup muka fabrik itu ,mungkin satu cara kita boleh galakkan rakyat Malaysia pakai pelitup muka,” kata Dr Noor Hisham yang turut memaklumkan terdapat satu NGO telah tampil untuk menderma sejuta pelitup muka fabrik.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pelitup muka fabrik mesti mempunyai tiga lapisan seperti mana disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pelitup muka yang kain satu lapisan, KKM tidak galakkan langsung,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan