ARTIKEL

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang menjalankan operasi menangkap seekor ular sawa seberat lebih 80 kilogram (kg) yang terjatuh daripada siling bilik di sebuah rumah di Kampung Kempadang hari ini. Foto Bernama

Ular sawa 80 kg jatuh dari siling rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Penghuni sebuah rumah di Kampung Kempadang di sini hari ini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa seberat lebih 80 kilogram (kg) yang jatuh dari siling bilik kediaman itu.

Penghuni rumah, Mazlan Zakaria, 67, berkata pada mulanya beliau terdengar bunyi runtuhan dan mendapati ia berpunca daripada siling di bilik anak perempuannya yang jatuh.

Seketika kemudian, pesara itu terdengar bunyi runtuhan kedua lalu pergi ke bilik berkenaan sebelum terlihat ular sawa dengan panjang dianggarkan 10 meter berada di atas katil bersama sisa runtuhan siling.

“Kebelakangan ini memang terdapat bunyi di atas bumbung, saya sangka tikus atau anak musang yang berlari pada waktu malam. Namun, hari ini kami sekeluarga dikejutkan dengan kehadiran ular yang sangat besar dari siling rumah.

“Kami segera membuat panggilan 999 untuk meminta bantuan sebelum pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) datang mengeluarkan ular berkenaan dari rumah,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu, anak perempuan Mazlan yang hanya mahu dikenali sebagai Wani, 20, berkata sekitar dua tahun lalu rumah berkenaan pernah ‘dikunjungi’ reptilia sama.

“Ketika itu ular hanya berada di laman rumah dan tidak sempat masuk sebelum ditangkap, tetapi hari ini seekor lagi berada di atas siling bilik. Mujur ketika kejadian saya berada di luar bilik,” katanya.
Pegawai APM Daerah Kuantan, Mejar (PA) Zahidi Zainudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.53 pagi sebelum 10 anggota dan dua pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi mengeluarkan ular sawa dari rumah berkenaan mengambil masa kira-kira 45 minit berikutan saiz reptilia itu yang besar dan panjang.

“Ular tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya.—BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai