ARTIKEL

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari.

Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36 hari pada tahun 2030, manakala selebihnya berpuasa memasuki Januari tahun 2031.

Astronom Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq berkata, umat Islam menunaikan ibadah puasa dua kali pada 2030, memandangkan Ramadan 1451 dan 1452 Hijriah jatuh pada 2030 Masehi.

Umat Islam berpuasa 30 hari pada 1451H ketika Ramadan bermula pada pada 5 Januari 2030.

Kemudian, Ramadan 1452H sekali lagi jatuh pada 26 Disember 2030 – enam hari berpuasa untuk 1452H.

Memetik al-Arabiya, perbezaan dua sistem kalendar ini menjadikan Ramadan jatuh dua kali dalam satu tahun Masehi atau Gregorian kira-kira pada setiap 30 tahun.

Kalender Hijriah berlangsung selama 354 hari atau 355 hari.

Manakala, kalendar Masehi berlangsung 365 hari atau 366 hari sehingga satu tanggal tertentu pada Hijriah dan terjadi dua kali pada kalendar Masehi.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA