ARTIKEL

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii, ditemubual Bernama sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

UMNO perkemas strategi hadapi cabaran politik semasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2025 esok, dijangka menyentuh hala tuju dan persediaan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafii berkata tumpuan dijangka turut diberikan kepada persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

“Pada perhimpunan kali ini juga paling penting, kita akan membicarakan tentang keutamaan orang Melayu, Islam dan juga Raja-Raja Melayu, serta mencari titik pertemuan (untuk) menyatukan semula seluruh perjuangan orang Melayu di bawah UMNO,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Razlan yang juga Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pandangan dikemukakan perwakilan pada sesi perbahasan akan diteliti secara menyeluruh, bagi merangka formula terbaik untuk dibincangkan pada peringkat tertinggi parti sebelum dijadikan panduan UMNO pada masa hadapan.

Sementara itu, beliau menegaskan UMNO akan terus berperanan sebagai pengimbang kepada dasar-dasar, khususnya yang melibatkan kepentingan orang Melayu dalam Kerajaan Perpaduan.

“Selagi UMNO berada dalam kerajaan, kita akan terus mempertahankan kepentingan orang Melayu, meskipun terdapat pandangan yang mempersoalkan peranan UMNO sebagai parti minoriti dalam gabungan kerajaan ketika ini,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2025 berlangsung dari 14 hingga 17 Jan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini selepas ditangguhkan dua kali pada Ogos dan November bagi memberi laluan kepada persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Sebanyak 6,412 perwakilan telah mendaftar melibatkan 2,928 orang bagi Perhimpunan Agung UMNO 2025, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita (1,165), Pemuda (1,173) dan Puteri (1,146).

Perhimpunan Agung UMNO bermula secara rasmi esok dengan majlis menaikkan bendera, sebelum ucapan dasar Presiden UMNO diikuti sesi perbahasan.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang