ARTIKEL

Dr. Ahmad Hata ketika menemui Steven di kolej kediamannya.

UNIMAS kekalkan sistem buddy bagi pelajar OKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) dengan mengekalkan sistem rakan sebaya atau buddy serta menambah baik pelbagai kemudahan kediaman dan pembelajaran.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit, berkata pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan pelajar OKU mendapat sokongan dan keselesaan sewaktu menjalani pengajian, terutama menjelang musim pendaftaran pelajar baharu.

“Kita telah menyediakan sistem buddy, iaitu seorang pelajar dari fakulti yang sama akan diminta menemani serta membantu pelajar OKU sepanjang tempoh pengajian mereka di sini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau, universiti juga melaksanakan penambahbaikan di kolej kediaman termasuk penyediaan bilik dan pintu yang mesra akses serta laluan pejalan kaki yang lebih mudah dan selamat untuk ke fakulti masing-masing.

“Malah, kita turut menyediakan Kolej Cempaka khusus bagi penempatan pelajar OKU.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha universiti untuk memastikan semua pelajar, sama ada normal atau OKU, menikmati keselesaan sepanjang pengajian,” ujarnya.

Ujarnya, lawatan ke kolej kediaman pelajar OKU turut disertai dekan fakulti serta ketua jabatan bagi memastikan terdapat kerjasama kolektif dalam menjamin keperluan pelajar dipenuhi.

Dalam kesempatan itu, beliau turut mengunjungi seorang pelajar baharu OKU, Steven Lias Sidi, 22, dari Sibu, yang mengikuti pengajian di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam program Kajian Khidmat Sosial.

Sementara itu, Steven, yang mengalami masalah penglihatan terhad di kedua-dua belah mata, melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang melanjutkan pengajian di UNIMAS.

“Ini adalah rezeki besar untuk saya memperoleh segulung ijazah yang boleh digunakan untuk berbakti kepada masyarakat,” katanya yang ditemani neneknya semasa proses pendaftaran.

Steven bertekad untuk terus tabah menghadapi segala cabaran demi mencapai cita-cita, menganggapnya sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup.

Langkah UNIMAS ini jelas mencerminkan usaha berterusan universiti berkenaan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif, mesra pelajar dan kondusif tanpa mengira keadaan fizikal pelajar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih