ARTIKEL

UNIMAS raih dana penyelidikan RM1.4 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih dana penyelidikan lebih RM1.4 juta serta mencatat kejayaan dalam dua pertandingan inovasi pelajar peringkat kebangsaan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam bidang penyelidikan, keusahawanan sosial dan teknologi kreatif.

Menerusi Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) 2026, universiti itu memperoleh RM1,405,905. Pada masa sama, pasukan pelajarnya meraih hadiah dan insentif berjumlah RM67,000 menerusi University Social Enterprise Competition (USEC), manakala kumpulan pelajar Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) membawa pulang RM7,000 menerusi pertandingan Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 4.0.

Pasukan UNIMAS4 menerusi projek ‘Waste to Wealth’ meraih hadiah dan insentif berjumlah RM67,000 dalam University Social Enterprise Competition (USEC).

Menurut kenyataan media UNIMAS, dana GET 2026 itu disampaikan sempena Festival of Ideas 2026 oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr Azlinda Azman.

Dana berkenaan diterima bagi pihak universiti oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Prof Ir Dr Siti Noor Linda Taib.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan UNIMAS4 menerusi projek ‘Waste to Wealth’ meraih kejayaan dalam USEC bertemakan ‘Empowering Communities through Social Enterprise’.

Bersaing dengan 20 pasukan inovator pelajar dari universiti awam dan swasta seluruh negara, pasukan itu membawa pulang Insentif Latihan Keusahawanan Global bernilai RM50,000, Naib Johan Keseluruhan (RM13,000), Naib Johan Anugerah Mentor Terbaik (RM2,000) serta Naib Johan Cabaran TikTok (RM2,000).

Pasukan itu dibimbing Dr Fadilah Siali dan Azuriaty Atang dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP).

UNIMAS memperoleh dana berjumlah RM1,405,905 menerusi Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) 2026.

Sementara itu, kumpulan pelajar FSGK meraih tempat pertama Kategori Animasi Pendek dalam pertandingan DICE 4.0, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000.

Kumpulan berkenaan dibimbing pensyarah FSGK, Syaryfah Fazidawaty Wan Busrah, dan dianggotai Nurul Iman Hafizan, Zachary Denzel Anandan, Nur Khairunni Sa Kamaruddin serta Nur Aizat Norman.

Kejayaan dalam ketiga-tiga inisiatif itu mencerminkan keupayaan UNIMAS menggabungkan kecemerlangan penyelidikan, keusahawanan sosial dan pembangunan bakat kreatif mahasiswa.

BERITA LAIN

Bukit Assek dibangun semula, Sibu jadi bandar pintar

SIBU: Pembangunan semula Bukit Assek yang dianggarkan memerlukan peruntukan sekitar RM2 bilion serta cadangan bandar satelit baharu di Kemuyang menjadi antara perancangan utama untuk mentransformasikan

SoftBank komited labur AS$1 bilion di Sarawak

SIBU: Komitmen pelaburan awal bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4.07 bilion daripada SoftBank Group bagi pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) mencerminkan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap

BERITA TERBARU

Abang Johari hargai keputusan PAS tidak bertanding

SIBU: Keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 diharap dapat mencerminkan semangat kestabilan politik yang perlu dipelihara