ARTIKEL

BERCAKAP...Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Ir Dr Siti Noor Linda Taib (kanan).

UNIMAS sedia tingkat kerjasama dengan Denmark

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) komited untuk menjalinkan kerjasama yang lebih meluas dengan Denmark dari segi pertukaran pelajar dan kajian dalam bidang pengurusan alam sekitar.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UNIMAS, Profesor Ir Dr Siti Noor Linda Taib berkata, kerjasama itu amat dialu-alukan seiring usaha kerjasama yang terjalin antara institusi tersebut dengan salah satu universiti terkemuka di Denmark iaitu Universiti Copenhagen.

“Di UNIMAS, kami sentiasa mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dengan pelajar dan universiti dari Denmark secara lebih meluas… kita juga sudah mempunyai kerjasama sedia ada bersama dengan Universiti Copenhagen.

KERJASAMA…Barisan wakil UNIMAS dan delegasi Denmark merakam gambar kenangan bersama-sama.

“Setiap tahun, kita menerima sejumlah pelajar yang melaksanakan penyelidikan dalam bidang pengurusan alam sekitar, sudah tentu kita berharap kerjasama ini dapat diperluas pada masa hadapan terutama dalam bidang pertukaran pelajar dan kakitangan bagi meningkatkan kapasiti akademik di UNIMAS,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada majlis lawatan rasmi Ombudsman Parlimen Denmark dan kedutaan Diraja Denmark di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra UNIMAS, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan