ARTIKEL

Usah berpolitik, fokus kepada pemulihan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKAN waktu untuk berpolitik. Kita tumpukan kepada usaha yang lebih penting, pulih dan selamatkan negara. Itu penegasan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam pertemuan dengan Suara Sarawak semalam.

Menurutnya, pendirian Kabinet Kerajaan Persekutuan amat jelas berhubung perkara ini. “Jika kita asyik berpolitik, kita lupa akan perkara penting, terutama berkaitan pandemik Covid-19 dan usaha menyantuni situasi ekonomi yang menyukarkan rakyat ini.

Kerana itu katanya, pentadbiran Perikatan Nasional membuat keputusan untuk tidak melayan elemen politik untuk sementara waktu ini. “Amat jarang kita menyentuh isu politik, atau usaha mengukuh kedudukan kerajaan dalam setiap mesyuarat yang diadakan sejak mengangkat sumpah pada Mac lalu.

“Sebaliknya fokus kami kepada rakyat. Kepada usaha menangani wabak ini dan bagaimana membantu rakyat menghadapi situasi yang sukar ini,” katanya. Wan Junaidi yang memiliki pengalaman 30 tahun sebagai ahli Parlimen berkata, tindakan yang dilakukan oleh pentadbiran Muhyiddin ini amat tepat.

“Pada dua bulan pertama tahun ini, jika kita mengambil tindakan yang tepat, memberi fokus kepada isu Covid-19, dengan menghalang kemasukan di pintu sempadan, mengetatkan undang-undang perhimpunan dan sebagainya, mungkin jumlah yang dijangkiti Covid-19 dan kematian akibatnya berkurangan.

“Tetapi disebabkan pentadbiran negara ketika itu diganggu oleh persekitaran politik, terutama pertelingkahan dalaman parti dan usaha untuk menggantikan Perdana Menteri, mereka hilang fokus kepada isu ini. Justeru mereka gagal mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya lagi.

Kata Wan Junaidi lagi, perkara yang telah berlaku itu harus menjadi pengajaran kepada semua pihak, termasuk kepada kerajaan baharu ini. “Kita tidak boleh terlalu leka dan terancam oleh situasi politik ini, termasuk usaha untuk menukar kerajaan dengan cara mengadakan undi tidak percaya.

“Cukup-cukuplah berpolitik. Apakah kita tidak percaya kepada keputusan dan kebolehan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Beliau membuat keputusan dengan berhatihati dan menemui semua ahli parlimen. Malah kata bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu lagi, tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan undi tidak percaya.

Sebaliknya, ia hanya boleh dibawa oleh ahli parlimen sebagai usul persendirian, yang hanya boleh dibentangkan selepas usul kerajaan selesai dibentangkan.

“Justeru, jika ia hendak dibentangkan di dalam Dewan Rakyat, ia mungkin akan mengambil masa yang lama. Sebab sejak Covid-19 melanda, begitu banyak perkara telah berlaku, dan banyak usul pindaan akan dibincangkan di Parlimen, menjadikan usul persendirian tidak penting untuk ketika ini.

” Yang pasti, rakyat sebenarnya sudah muak dengan politik. Mereka mahukan kerajaan yang berfungsi dan bekerja seperti yang dikehendaki. Ketika ini, Muhyiddin dan kabinetnya telah melaksanakan yang terbaik, berdasarkan pengalaman mereka yang panjang dalam kerajaan sebelum ini.

Malah mereka bekerja lebih 10 jam sehari untuk memastikan setiap rakyat ada makanan di atas meja. Justeru fokus kepada pemulihan negara kini adalah tindakan yang tepat, biarpun ada yang mengatakan kerajaan ini adalah kerajaan pintu belakang.

Kerana kejatuhan PH adalah mainan parti itu sendiri, dan bukannya orang lain. Biarlah kerajaan hari ini memulihkan negara, kerana sudah jelas, mereka berada di landasan yang tepat untuk tujuan tersebut.

BERITA LAIN

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

Menyelamat ingatan, menjejak ilmu dan sejarah

SEJARAH bukan sekadar kisah masa lalu. Ia adalah bukti tentang siapa kita, bagaimana keputusan dibuat dan mengapa sesuatu peristiwa berlaku. Namun, sejarah boleh hilang apabila

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan