ARTIKEL

Usahawan wanita dibantu miliki lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Golongan peniaga kecil khususnya usahawan wanita di negeri ini akan dibantu bagi membolehkan mereka memiliki lesen atau perniagaan.

Jaminan itu disuarakan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah ketika berucap menyempurnakan Majlis Penangguhan Pelesenan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak #Puwas@Sibu di Dewan Lakis Sibu, semalam.

Menerusi kementeriannya, golongan tersebut akan dibantu lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini.

“Kebanyakan golongan ini terjejas disebabkan penularan wabak tersebut yang turut menyebabkan mereka turut tercicir menerima bantuan Geran Khas Prihatin berjumlah RM3,000 daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

“Juga bantuan daripada Kerajaan Sarawak menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 berjumlah RM2,250 disebabkan tiada lesen mahupun permit perniagaan.

“Saya akan membantu golongan ini dengan bertemu pihak atau agensi yang berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian membantu mereka ini,” katanya.

Fatimah yang juga Adun Dalat memberitahu, kementeriannya memutuskan untuk mewujudkan Program Petugas Khas Pendaftaran #PuwasS.

Objektif program itu jelasnya, adalah untuk membantu peniaga kecil wanita memohon lesen perniagaan.

Usahawan wanita dibantu miliki lesen “Melalui pemantauan kita pada program tersebut di Kuching, Subis, Dalat dan Sarikei sejak 14 Julai lalu, objektif untuk melesenkan peserta yang menyertai program ini tidak tercapai dengan baik.

“Ramai peserta membuat permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan tetapi hanya sekitar 20 peratus yang berjaya,” tegas beliau.

Fatimah mendedahkan, faktor kegagalan itu disebabkan mereka tidak mempunyai alamat perniagaan kerana tidak dibenar menggunakan alamat rumah sedangkan kebanyakan mereka menghasilkan produk dari rumah.

Disebabkan itu katanya, agensi berkaitan tidak dapat meluluskan permohonan mereka.

“Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) ada menyediakan sewaan alamat perniagaan dengan kadar bayaran RM200 setahun tetapi tidak cukup untuk menampung jumlah yang ramai.

“Kita mahu golongan ini didaftarkan untuk mempunyai lesen. Sebaik mempunyai lesen, mereka layak mendapat manfaat pelbagai bentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan bukan pada waktu pandemik sahaja tetapi pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau mendedahkan, kementeriannya tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana bidang pelesenan bukan di bawah kementeriannya tetapi Pejabat Daerah, Lembaga Hasil dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Saya memberi jaminan akan menyelesaikan perkara ini untuk dibincangkan agar syarat boleh dilonggarkan,” tambah beliau.

Sementara itu, seramai 264 usahawan wanita Bahagian Sibu menyertai program itu.

Fatimah turut menyaksikan Majlis Menandatangani MoU bagi dua rakan strategik baharu Kenyalang Gold Card di Bahagian Sibu.

Turut disampaikan Geran #UsahawanJWKS Modal Pusingan kepada dua penerima bernilai RM2,000.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) Noriah Ahmad dan Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamad.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan