SEBELUM TERLIBAT DALAM POLITIK, Vladimir Putin mengharungi perjalanan mencabar bagi membentuk keperibadiannya.
Beliau menunjukkan kebijaksanaan, kecekapan dan keteguhan dalam menghadapi cabaran.
Pengalaman sebagai perisik dan pentadbiran negara serta keupayaan beradaptasi membentuk diri sebagai pemimpin yang dihormati di Rusia, malah arena politik antarabangsa.
Putin yang mengangkat sumpah sebagi Presiden Rusia untuk penggal kelima barubaru ini terus mengekalkan pengaruhnya dalam pentadbiran dan politik negara tersebut dengan ketegasan dan kebijaksanaan.
Di bawah kepimpinannya, Rusia mengalami beberapa perubahan besar dalam pelbagai bidang.
Di peringkat antarabangsa, Putin menekankan kembali kedudukan Rusia sebagai kuasa besar di peringkat global.
Dalam pada itu, Putin mengukuhkan hubungan dengan negara kuasa lain seperti C dhina dan India, serta memperkukuh kerjasama dengan negaranegara BRICS.
Namun, kepimpinan Putin juga menyaksikan kontroversi.



