ARTIKEL

This 1980 NASA file image captured by the Voyager 1Spacecraft shows Saturn and two of its moons, Tethys (Upper) and Dione, photographed from 13 million kilometers (8 million miles). The shadows of Saturn's three bright rings and Tethys are cast onto the cloud tops. The limb of the planet can be seen easily through the 3,500-kilometer-wide (2,170 mile) Cassini Division, which separates ring A from ring B. AFP PHOTO/ NASA (Photo by NASA / AFP)

Voyager 1 tinggalkan sistem suria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADA 12 September 2013, dunia sains mencatat sejarah baharu apabila NASA mengesahkan bahawa kapal angkasa Voyager 1 telah keluar dari sistem suria.

Pencapaian ini menjadikan Voyager 1 sebagai objek buatan manusia pertama yang menembusi ruang antara bintang Voyager 1 sebagai objek buatan manusia pertama yang menembusi ruang antara bintang Voyager 1 sebagai objek buatan manusia pertama yang menembusi ruang bintang (interstellar space), sekali gus membuka lembaran baharu dalam penerokaan angkasa lepas.

Voyager 1 dilancarkan pada 1977 dengan misi utama mengkaji planet gergasi seperti Musytari dan Zuhal.

Selepas berjaya menghantar ribuan imej serta data berharga tentang kedua-dua planet tersebut, kapal angkasa ini meneruskan perjalanan melintasi sempadan heliosfera, iaitu kawasan yang dipengaruhi oleh angin suria.

Selepas lebih 36 tahun, Voyager 1 akhirnya menyeberangi sempadan itu dan memasuki ruang antara bintang.

Kedudukan Voyager 1 ketika pengesahan tersebut ialah kirakira 19 bilion kilometer dari Bumi.

Walaupun berada begitu jauh, isyarat radio masih dapat dihantar dan diterima melalui antena besar NASA, dengan tempoh penghantaran lebih 17 jam untuk sampai ke Bumi.

Data yang dikumpul membolehkan para saintis memahami keadaan zarah dan medan magnet di luar pengaruh Matahari.

Voyager 1 turut membawa mesej simbolik kepada tamadun asing yang mungkin ditemuinya kelak, iaitu Golden Record yang mengandungi bunyi, muzik dan gambar kehidupan di Bumi.

Sehingga hari ini, pencapaian Voyager 1 dianggap antara kejayaan terbesar manusia dalam sejarah penerokaan angkasa lepas.

BERITA LAIN

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka

Al-Quran panduan bentuk akhlak

Kejayaan mengkhatamkan al-Quran bukanlah pengakhiran perjalanan seorang Muslim untuk mendalami kitab suci itu, sebaliknya menjadi permulaan untuk memahami, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

BERITA TERBARU