ARTIKEL

Wahid Satay, 93, meninggal dunia di S’pura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pelawak veteran terkenal zaman awal dunia perfileman, Wahid Satay, 93, meninggal dunia pada 8.30 pagi Isnin.

Mahirah Mohd Yasin cucu Allahyarham memberitahu pelakon itu meninggal di rumahnya di Singapura.

Perkongsian maklumat di Facebook memberitahu jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Pusara Aman di Singapura selepas Zuhur sebelum dikebumikan.

Allahyarham pernah bekerja di studio Cathay Keris di Singapura sebagai tukang cat sebelum ditawarkan menjadi pelakon oleh Pengarah L. Krishnan.

Antara filem terkenal dibintangi Allahyraham ialah Pontianak, Sumpah Pontianak, Che Mamat Parang Tumpul, Badang, Naga Tasik Chini, Dendang Perantau dan Tuan Besar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah