ARTIKEL

Wakil suara rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: TVS mewakili suara rakyat Sarawak dan memberi mereka peluang untuk mempamerkan bakat kreativiti mereka dan apa yang boleh Sarawak sampaikan di pasaran besar.

Pengerusi SMG, Datuk Norhayati Mohd Ismail berkata, TVS memperkenalkan kandungan tempatan dan berita setiap jam dalam pelbagai bahasa termasuk Iban dan Mandarin untuk penonton.

“Ini akan membantu memperkenalkan warisan pelbagai budaya kita, menghebahkan agenda integrasi nasional dan menyediakan kesan pendorong kepada pelbagai sektor ekonomi dengan lebih banyak keterlihatan dan fokus.

“Ini termasuk tidak terhad kepada pelancongan, pembuatan, Makanan dan Air (F&B), Perusahaan Kecil Sederhana (SME), budaya dan tradisi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran TVS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud Turut hadir Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Tan Sri James Jemut Masing serta kenamaan yang lain.

Norhayati turut memberitahu, TVS berkeinginan untuk mewakili etnik komuniti dan kepelbagaian unik yang akan dipamerkan di bawah satu saluran untuk tontonan negara dan untuk generasi akan datang yang menyerupai mereka dan diterima oleh media massa.

Jelasnya, TVS beraspirasi untuk menyampai kepada komuniti, untuk menghibur sementara memperkenalkan bakat segar kepada umum dan mencipta kesedaran mengenai perkara tidak biasa melalui program TVS.

Tambahnya, TVS juga mempunyai program bual bicara yang akan membinakan isu semasa negara.

“Dalam pada itu, kita juga mempunyai program pemerkasaan wanita yang menayangkan wanita Sarawak yang berpengaruh dan berinspirasi.

“Kita menggalakkan wanita untuk kuat dan yakin. Daripada usahawan wanita hingga wanita yang pintar, rancangan ini akan menunjukkan kisah kejayaan dan kejayaan mereka dalam mengangkat negeri kita ke mata dunia,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan