ARTIKEL

Wang eMadani turut lesap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELASA lalu, belia di seluruh Malaysia berpeluang untuk menebus bantuan kewangan eMadani bernilai RM100 diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, ramai juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap para penerima dengan melakukan penipuan transaksi pengeluaran wang daripada aplikasi terpilih.

Walaupun wang yang diberikan menerusi skim tersebut hanya dibenarkan untuk digunakan secara fizikal, ada juga segelintir pihak yang degil untuk membuat perkhidmatan pengeluaran berkenaan.

Malah ada yang mengenakan caj sebanyak RM2 hingga RM5 untuk seorang individu yang berminat untuk mengeluarkan wang e-Madani yang diterima.

Lebih teruk lagi, ada dalam kalangan mereka yang ingin mengeluarkan wang ini ditipu sehingga bantuan wang yang diterima lesap akibat memilih pemberi perkhidmatan secara rawang di aplikasi dalam talian.

Tidak dinafikan, masyarakat perlu lebih bijak menilai sesuatu sama ada ia boleh dipercayai atau tidak khususnya dalam talian.

Lebih-lebih lagi mereka yang berusia, berisiko tinggi untuk ditipu kerana kurang pengetahuan terhadap penggunaan teknologi.

Disebabkan itu, mereka lebih mudah terpedaya. Kita sering mendengar bahawa semuanya terletak di hujung jari, namun ia bukan hanya untuk perkara yang positif dan bermanfaat sahaja.

Tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Melihat kepada kegiatan jenayah tipu daya pada zaman ini, ia sangat tidak terkawal dan berjaya mencuri duit hingga ribuan ringgit, malah lebih banyak daripada jumlah tersebut. Dengan sikap yang tidak berhati perut ini, mereka (scammer) ini telah menyebabkan simpanan masyarakat terjejas, terutama sekali bagi mereka yang berpendapatan ala kadar.

Walaupun baki yang tinggal dalam akaun bank hanyalah RM50, individu yang menipu ini tetap mencuri wang tersebut tanpa rasa belas kasihan terhadap mangsa.

Oleh itu, penting untuk masyarakat didedahkan dengan lebih kerap dan ditekankan tentang kes-kes penipuan seumpama ini agar lebih ramai yang menyedari realiti yang berlaku pada masa sekarang.

Jika tidak diuar-uarkan secara besar-besaran, diyakini lebih ramai mangsa ditipu oleh pengamal kerja yang tidak bertanggungjawab ini.

Dalam pada itu, orang ramai perlu bersikap lebih curiga dan sentiasa berwaspada dengan kegiatan scam yang berlaku hampir setiap hari ini.

Menerusi panggilan telefon, dan kini secara dalam talian.

Tidak kira tua atau muda, sesiapa sahaja boleh tertipu. Oleh itu, apabila mendapat panggilan mencurigakan daripada nombor yang tidak dikenali, cuba untuk bertenang dan bertindak secara rasional. Lebih baik berprasangka buruk terlebih dahulu daripada sendiri putih mata di kemudian hari. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menerima atau menekan sebarang pautan yang dikongsikan dalam media sosial atau platform WhatsApp dan sebagainya kerana ia berkemungkinan mengandungi virus bahaya.

Justeru, pihak berkaitan sangat dialu-alukan untuk membuat kempen pendedahan kepada masyarakat bagi memberi kesedaran secara besar-besaran bagi mengelakkan kejadian scam secara panggilan dan pautan dapat dielakkan.

Sehubungan itu, pihak polis sentiasa menegaskan kepada orang ramai agar jangan mudah panik dan sentiasa berwaspada dengan muslihat penipuan dalam talian.

Orang ramai perlu ambil tahu tentang kewujudan kes penipuan seperti ini dan jangan ambil ringan bahawa ia tidak akan berlaku kepada diri sendiri. Hal ini kerana, masih ramai masyarakat di luar sana sambil lewa dan yakin bahawa dirinya tidak akan ditipu, sebaliknya tetap ditipu gara-gara kelicikan golongan scammer. 

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi