ARTIKEL

Wang Yi desak hentikan operasi ketenteraan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Menteri Luar China Wang Yi mengulangi pendirian Beijing untuk menyokong penuh usaha Iran dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan, keutuhan wilayah dan maruah negara itu.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas dimaklumkan mengenai perkembangan terkini situasi di Iran oleh rakan sejawatnya, Seyed Abbas Araghchi menerusi perbualan telefon pada Isnin.

Menurut Araghchi, Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iran buat kali kedua ketika rundingan sedang berlangsung.

Beliau berkata tindakan AS itu melanggar undang-undang antarabangsa dan melangkaui garis merah Iran, meskipun kedua-dua pihak sebelum ini mencapai kemajuan positif dalam rundingan pusingan baharu.

Sehubungan itu, Tehran tidak mempunyai pilihan selain mempertahankan diri, katanya.

Dalam perbualan tersebut, Wang turut menyatakan sokongan terhadap usaha Iran dalam memelihara hak dan kepentingan sah negara berkenaan.

Beliau berkata China telah mendesak AS dan Israel supaya menghentikan operasi ketenteraan serta-merta bagi mengelakkan ketegangan terus memuncak dan mencegah konflik daripada merebak ke seluruh Asia Barat.

China yakin Iran akan mengekalkan kestabilan negara dan sosial, selain mengambil kira kebimbangan negara jiran serta menjamin keselamatan warganegara dan institusi China di Iran.— BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil