ARTIKEL

Gambar hiasan

Wanita akui curi komputer riba untuk berniaga dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencuri seunit komputer riba milik sebuah syarikat menjual dan mengedar kenderaan.

Asmida, 33, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di dalam bilik pameran syarikat berkenaan di Jalan Abell sekitar jam 7.15 petang pada 28 Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan mendedahkan bahawa pada hari kejadian seorang wanita tidak dikenali telah masuk ke kaunter pameran syarikat tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tertuduh mengambil komputer riba jenama HP.

Laporan polis dibuat dan tertuduh berjaya ditangkap pada 12 November lalu.

Difahamkan, tertuduh berniat mencuri wang di dalam premis berkenaan untuk membeli minyak kereta yang telah habis.

Namun, ketika masuk ke premis tersebut, dia tidak menjumpai wang, lalu mengambil sebuah komputer riba.

Dia mengaku mencuri komputer riba itu dengan tujuan melakukan aktiviti perniagaan atas talian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU