Trending

Wanita didakwa, tergamak dera anak kandung hingga cedera

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mendera anak perempuan kandungnya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Tertuduh Safina John, 27, mengaku tidak bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai penjaga kepada kanak-kanak berusia 10 tahun lima bulan di sebuah rumah flat di Siburan, kira-kira jam 8 malam, 19 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) Akta 611.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, jiran tertuduh membuat laporan polis susulan terdengar bunyi mencurigakan dari rumah sebelahnya.

Selain itu, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian belakang terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan itu merupakan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.

Bagaimanapun, sekiranya ikat jamin ditawarkan, pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 beserta penjamin.

Namun demikian, tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM15,000 tanpa penjamin.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan tunai sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin tempatan, selain menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes pada 3 Julai depan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru