ARTIKEL

Isteri Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan perasian Karnival Kesihatan MADANI Parlimen Bandar Tun Razak Tahun 2026 di Institut Latihan Dewan Bandaraya (IDB), Bandar Tun Razak hari ini. - Foto BERNAMA

Wanita Digesa Jalani Saringan Kanser Payudara Secara Berkala – Dr Wan Azizah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Wanita digesa menjalani saringan kanser payudara secara berkala bagi memastikan penyakit itu dikesan pada peringkat awal, susulan lebih 50 peratus kes kanser payudara di Malaysia dikesan pada tahap tiga dan empat.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pengesanan awal amat penting kerana kadar kelangsungan hidup pesakit boleh mencapai 90 peratus sekiranya kanser dikesan pada tahap awal seperti tahap satu dan dua.

Beliau berkata ketakutan terhadap pemeriksaan serta stigma berkaitan kanser menyebabkan sebahagian wanita kurang mendapatkan saringan secara berkala.

“Jangan dibiarkan begitu sahaja sampai terlambat. Ini mungkin kerana budaya kita tidak selalu memberikan dorongan. Pemeriksaan diri sendiri itu penting, namun kita sering terlepas pandang,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kesihatan MADANI Parlimen Bandar Tun Razak sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2026, di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga isteri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu membimbangkan apabila data Registri Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) menunjukkan jumlah kes kanser payudara meningkat daripada 18,206 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011 kepada 29,534 kes bagi tempoh 2017 hingga 2021.

“Jadi saya menggesa setiap wanita, buatlah saringan dan dapatkan pemeriksaan yang lebih teliti. Pergilah kerana kesihatan adalah amanah yang kita mesti jaga,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pelbagai strategi merangkumi pencegahan, pengesanan awal, diagnosis, rawatan serta sokongan pascarawatan bagi menangani kanser payudara.

Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) turut menyediakan program subsidi mamogram kepada wanita yang layak, termasuk pemeriksaan mamogram percuma bagi wanita Malaysia berusia 40 hingga 70 tahun daripada isi rumah berpendapatan kurang RM10,000 sebulan.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata Jelajah Kasih MADANI Bandar Tun Razak yang turut dilancarkan hari ini menyediakan akses kepada perkhidmatan kesihatan asas menerusi Klinik Wakaf An-Nur Kasih (KWANK).

Beliau berkata perkhidmatan itu yang bertujuan meningkatkan akses kesihatan asas merangkumi saringan tekanan darah, kencing manis, kolesterol tinggi, konsultasi kesihatan fizikal dan pemeriksaan mata, selain rujukan kepada pakar.

Karnival itu merupakan kerjasama strategik Parlimen Bandar Tun Razak dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi LPPKN sebagai inisiatif holistik dalam membawa akses kesihatan asas terus ke dalam komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) khususnya golongan B40.

Terdahulu, Dr Wan Azizah turut menziarahi keluarga pegawai bomba Mohd Firdaus Ibrahim, 38, yang mempunyai anak berusia tujuh bulan, Nur Farisha Sofia Ramadhani, yang menghidap omphalocele major, iaitu keadaan usus berada di luar abdomen selain paru-paru tidak matang.

–BERNAMA 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi