ARTIKEL

Wanita Meluan eratkan ukhuwah menerusi Program Santai di Pantai Belawai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Seramai 40 peserta terdiri daripada Wanita N.48 Meluan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan itu menyertai Program Santai Berkelah di Pantai Belawai, semalam.

Jurucakap penganjurnya berkata, program itu sebahagian usaha murni untuk memperkukuh hubungan silaturahim serta menghargai sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat.

Katanya, program menjadi lebih bermakna apabila turut disertai isteri ADUN Meluan, Datin Sheila Ulat.

“Penganjuran program ini bertujuan menyediakan ruang kepada golongan wanita yang aktif di kawasan N.48 Meluan untuk berinteraksi dalam suasana santai di luar rutin harian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti riadah dan sukan diadakan bagi memupuk semangat berpasukan, meningkatkan kerjasama serta mengeratkan hubungan antara peserta.

Selain menjadi platform pertemuan, program ini turut memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman dan mengukuhkan jaringan kerjasama dalam kalangan pemimpin masyarakat.

Usaha berkenaan juga menjadi tanda penghargaan komitmen kaum wanita yang selama ini memainkan peranan penting dalam menjayakan pelbagai inisiatif sosial dan pembangunan di rumah panjang.

BERITA LAIN

Buruh ditahan miliki 0.5 gram dadah di Selangau

MUKAH: Seorang buruh tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.5 gram dalam operasi Ops Tapis di Jalan Pasar Tamu, Selangau, semalam.

BERITA TERBARU

Wakil tunggal Sarawak RDPJ FC perlu penaja

KUCHING: Wakil tunggal Sarawak, Red Deer Petra Jaya FC (RDPJ FC) memerlukan sokongan penaja bagi menampung kos penyertaan ke Grand Final Piala Cahya Mata 2026