ARTIKEL

Wanita Myanmar ditemui maut dalam sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang wanita warga Myanmar ditemukan maut di dalam sungai berhampiran Taman Residensi dekat Bidor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata wanita berusia lingkungan 30-an itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.55 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor bergegas ke lokasi sejauh 13 kilometer.

Beliau berkata ketua operasi menilai keadaan, mengarahkan anggota memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap, lalu mengangkat mangsa dari sungai menggunakan pengusung.

Beliau berkata mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 4.18 petang.

BERITA LAIN

Bumi datar dan tembok ais

MENARIK tentang manusia, semakin banyak teknologi digunakan untuk menjelaskan dunia, semakin banyak pula persoalan muncul yang mencabar penjelasan tersebut. Di tengah-tengah kemajuan sains dan penerokaan

BERITA TERBARU

Malaysia menang ke atas Singapura 2-1

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2027 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.