ARTIKEL

PDRM

Wanita Warga Asing Ditemukan Maut Dengan Kesan Kelar Di Leher

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Seorang wanita warga asing ditemukan maut dengan kesan kelar di leher di sebuah asrama pekerja asing di Nilai, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 pada 11.21 malam daripada lelaki tempatan memaklumkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditemukan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tangga asrama tersebut.

“Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kesan kelaran berulang pada leher mangsa menggunakan senjata tajam.

“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan, bagaiamanapun polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur konflik peribadi atau kewangan berdasarkan keterangan awal yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Johari turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan menyeluruh. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka