Seorang lelaki, terjatuh di dalam kandang di ladang buaya milik keluarga, lalu dibaham sekitar 40 ekor buaya.
Lelaki berusia 72 tahun itu menggunakan kayu, cuba mengeluarkan seekor buaya keluar dari sangkar tempat ia bertelur.
Memetik AFP, buaya tersebut menyerang kayu berkenaan, menyebabkan dia terjatuh.
Kumpulan reptilia yang banyak itu kemudian menyerang kemudian mengoyak tubuhnya sehingga berlumuran darah di dalam kandang konkrit di ladang Siem Reap itu.
Satu daripada lengan lelaki itu ditelan buaya.






