Warga emas maut, pembonceng cedera apabila motosikal langgar lori di Mukah

MUKAH: Seorang penunggang motosikal warga emas maut di tempat kejadian manakala pemboncengnya mengalami kecederaan ringan dan selamat.

Penunggang motosikal (mangsa) yang dikenali sebagai Taiwan Juhong, 66 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Paramedik Hospital Mukah manakala pembonceng yang merupakan isteri mangsa dikenali Jamayah Kaliang, 68 tahun selamat.

Menurut Ketua Polis Daerah(KPD)Mukah DSP Jimmy Panyau pada 20 November 2019,jam lebih kurang 4.30 petang satu kemalangan jalan raya maut berlaku di jalan Kampung Tutus Ulu/ Jebungan, Mukah di antara sebuah lori yang dipandu oleh Carol Nee Keh sedang dipakir di tepi jalanraya menghala ke arah Kampung Jebungan,Mukah telah dilanggar oleh motosikal yang ditunggang oleh mangsa yang datang dari arah Kampung Tutus Ulu menuju ke arah Kampung Jebungan bersama pembonceng iaitu isteri mangsa.

Menurut DSP Jimmy lagi, akibat kejadian tersebut penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak paramedic Hospital Mukah.

Mayat mangsa telah dibawa ke hospital Mukah untuk bedah siasat. Kes masih disiasat di bawah Sekyen.41 (1) APJ 1987.

Mangsa seorang buruh kasar,bangsa Melanau yang berasal dari Kampung Jebungan Mukah.

Manakala pemboncengnya, isteri kepada mangsa merupakan bangsa Melanau yang juga dari Kampung Jebungan, Mukah mengalami kecederaan ringan di bahagian muka.