ARTIKEL

Warga emas OKU maut dalam kebakaran rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARANG: Seorang wanita warga emas maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Emas Murni, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Marang Supt Mohd Sofian Redzuan berkata mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian 4 pagi itu ialah Razaidah Mohamad, 78.

Beliau berkata Razaidah yang juga orang kurang upaya (OKU) mental dipercayai maut akibat sesak nafas, selepas terperangkap di dalam bilik tidurnya di bahagian belakang rumah.

“Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam menerusi talian kecemasan 999 pada 4.30 pagi, memaklumkan berlaku kebakaran di sebuah kediaman didiami empat sekeluarga.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal bersama anak perempuan dan dua cucunya yang juga OKU mental, pembelajaran dan pelbagai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Sofian berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala tiga ahli keluarga lain yang berjaya diselamatkan orang awam turut dirawat di hospital sama.

Beliau berkata anggaran kemusnahan sekitar 60 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Mohd Sofian turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga terutama berkait keselamatan di kediaman memandangkan risiko kebakaran pada musim panas yang agak tinggi ketika ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu