ARTIKEL

Tertuduh (tengah) dibawa bersama-sama tertuduh yang lain keluar dari bilik Mahkamah Sesyen oleh anggota polis hari ini.

Warga Indonesia dipenjara dua tahun miliki 24.89 gram dadah di Matang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki 24.89 gram dadah jenis syabu dalam sebuah rumah di Matang, Mei lalu.

Tertuduh, 50, dari Pontianak Indonesia, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama, kerana memiliki 24.89 gram dadah jenis methamphetamine.

Jika sabit kesalahan, hendaklah dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun sehingga lima tahun, dan sebatan tidak kurang daripada tiga hingga sembilan sebatan.

Dia melakukan kesalahan itu di dalam bilik pertama sebuah rumah di Matang, sekitar 11.30 malam, 8 Mei lepas.

Fakta kes mendedahkan bahawa satu serbuan dilakukan oleh pihak polis di rumah tertuduh kerana dipercayai terdapat aktiviti penyalahgunaan dadah.

Semasa pemeriksaan, menjumpai satu plastik lut sinar berpenutup hitam berisi lapan plastik kecil lut sinar yang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu.

Barang kes dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia dan disahkan ia dadah jenis methamphetamine seberat 24.89 gram.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada