ARTIKEL

Wartawan alam sekitar Karam Singh Walia meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Wartawan alam sekitar terkenal, Datuk Karam Singh Walia, dilaporkan meninggal dunia awal pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh adik mendiang, Jasbant Singh, yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad.

Menurut laporan media, mendiang menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 pagi di kediamannya di Klang, Selangor.

Karam Singh sebelum ini dilaporkan menghidap barah hati.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia kewartawanan negara, khususnya dalam bidang laporan alam sekitar yang menjadi kepakaran beliau sepanjang kerjaya.

Mendiang dikenali luas ketika berkhidmat sebagai wartawan penyiaran di TV3, dengan gaya penyampaian tersendiri yang tegas dan berwibawa, selain sering turun padang bagi membawakan laporan berkaitan isu pencemaran, keselamatan awam dan kelestarian alam sekitar.

Sepanjang kerjayanya, beliau dianggap antara pelopor kewartawanan alam sekitar di Malaysia, dengan laporan yang berani serta memberi impak besar kepada kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar.

Rakan media dan tokoh industri turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mendiang, yang disifatkan sebagai wartawan berintegriti tinggi serta komited dalam memperjuangkan kepentingan awam.

Pemergian beliau meninggalkan satu kekosongan besar dalam landskap kewartawanan negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka