ARTIKEL

Wartawan berjiwa kental

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENULISAN berita tidak sama dengan penulisan karangan ilmiah yang sering kita buat semasa berada di bangku sekolah menengah.

Ia berbeza, kerana berita memerlukan isi yang padat, ringkas dan mudah untuk difahami pembaca pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Wartawan atau pengamal media sentiasa menjadi orang tengah kerajaan pemerintah dan rakyat untuk menyampaikan maklumat penting, sama ada daripada pihak atasan atau bawahan.

Walaupun platform penyampaian berita berubah ekoran ledakan teknologi digital, tetapi matlamatnya hanya satu iaitu untuk menyampaikan maklumat penting kepada khalayak pembaca.

Pada Malam Anugerah Kewartawanan Kenyalang Ke-32 baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan dan media perlu berjalan seiring agar Sarawak mendapat manfaat daripada kerjasama tersebut.

Menurut beliau, media akan terus menjadi rakan kepada Kerajaan Sarawak dalam mentransformasikan negeri, masyarakat dan hala tuju pembangunan.

Kerjaya sebagai wartawan bukan satu impian bagi penulis kerana penulis sendiri takut melakukan kesilapan dalam fakta.

Silap fakta, maka silaplah segala maklumat yang disampaikan.

Namun setelah hampir dua tahun bergiat dalam kerjaya ini, penulis semakin selesa kerana didikan dan dorongan yang cukup rakan sekerja, terutama para editor yang tidak jemu untuk memperbetul kesilapan.

Kata-kata Ketua Menteri membangkitkan lagi semangat saya untuk menulis dan menghasilkan berita yang bersifat kemasyarakatan serta menggali sebanyak mungkin cerita yang belum didengari masyarakat sebelum ini.

Baru-baru ini, penulis amat bersyukur kerana mampu membolot enam anugerah daripada 23 anugerah yang dimenangi akhbar ini.

Bagi saya, ia merupakan pencapaian yang luar biasa kerana penulis pertama kali menyertai pertandingan seumpama itu.

Ketika zaman persekolahan, jika penulis membawa pulang satu piala ke rumah, ia sudah cukup melegakan mata untuk tidur. Apatah lagi jika membawa pulang enam piala, boleh jadi riuh sekampung.

Walaupun penulis tidak memenangi pingat emas apabila menang lima perak dan satu gangsa pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang ini, namun penulis tetap teruja dan amat gembira kerana kerja keras saya selama ini berbaloi.

Bayangkan dengan kemenangan ini saya meraih habuan RM11,000, jumlah yang amat besar bagi wartawan muda seperti saya.

Ramai rakan dan keluarga mengucapkan tahniah atas pencapaian ini. Lebih menggembirakan, apabila melihat riak wajah ibu dan ayah yang bangga dengan pencapaian anak kesayangan mereka.

Bagi penulis ia hanyalah permulaan, kerana banyak lagi perlu diketahui dan dipelajari selepas ini.

Tetapi sekurang-kurangnya kejayaan ini memberikan nafas baharu kepada saya untuk terus aktif membongkar kisah-kisah menarik, demi pembaca akhbar ini.

Mungkin juga ada yang berkata kategori yang disertai tiada saingan lain kerana penulis hanya menyertai kategori untuk bahasa Iban.

Tetapi, penulis menghantar 24 penyertaan untuk tujuh kategori sehingga memungkinkan kejayaan itu dicapai.

Ketika penulis menghantar penyertaan, tidak terlintas di fikiran untuk memenangi anugerah sebanyak itu.

Bagi saya karya bagus atau tidak, terpulang kepada juri untuk menilai.

Tetapi ia sesuatu yang berbaloi. Malah terlintas dalam fikiran, jika penulis turut menghantar sebanyak itu atau lebih untuk kategori bahasa Melayu, mungkinkah penulis juga akan memenangi beberapa anugerah lagi?

Kejayaan ini tidak terhenti setakat itu. Penulis mempunyai matlamat untuk merungkai lebih banyak lagi kehidupan rakyat khasnya di pedalaman.

Benarlah kata editor berpengalaman, apabila anda sudah mula menulis, kepuasan sebagai wartawan tiada hentinya, ia akan sentiasa ada selagi anda berkhidmat dalam bidang ini.

Bagi penulis, untuk terus melangkah maju dalam dunia yang cukup mencabar ini, seseorang wartawan itu mesti berjiwa kental, yakni, bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.

Pada masa yang sama sentiasa dahagakan ilmu, maklumat dan paling penting tidak jemu untuk belajar.

 

BERITA LAIN

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali