ARTIKEL

Sumber: Emirates News Agency (WAM) Official Photos | BERNAMA

WGS 2024: Shah Rukh Khan mahu bawa inovasi teknologi dalam industri filem India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DUBAI: Bintang Bollywood Shah Rukh Khan menyuarakan komitmennya untuk memajukan inovasi teknologi dalam industri filem India selain menggalakkan harapan melalui penceritaan dalam filem.

Berucap di World Governments Summit (WGS) 2024 di sini pada Rabu, beliau mengulangi semula komitmen untuk memajukan teknologi dalam industri filem India, sejajar dengan matlamat ‘’tematik” beliau.

“Seiring dengan peredaran masa, saya percaya inti pati karya saya semakin bermotivasi ke arah membawa teknologi baharu ke dalam industri perfileman India,” katanya sambil menekankan peranan penting inovasi dalam membentuk landskap masa depan filem.

Pelakon dan penerbit filem India itu berkata walaupun mendalami naratif kesedihan dan tragedi dalam beberapa usahanya yang lepas, objektif utamanya tetap untuk menyuntik rasa optimisme dan peningkatan yang berterusan ke dalam penciptaan karya sinematik.

“……. tetapi di satu tempat di sepanjang perjalanan, saya hanya berharap saya dapat memberi inspirasi kepada harapan melalui filem saya,” katanya.

Dalam sesi yang dikendalikan oleh Richard Quest, penyampai berita untuk CNN International, Khan juga mengimbau perjalanannya dari permulaan yang sederhana hingga ke kemasyhuran ikonik.

“Saya mahu menamatkan kerjaya saya (yang jauh daripada berakhir sekarang) dengan menghasilkan filem-filem yang digemari oleh seluruh dunia.

Saya juga mahu filem-filem saya ditayangkan dalam bahasa Arab supaya lebih ramai yang dapat memahaminya,” kata pelakon filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk