ARTIKEL

WTF: Lebih besar hadiah, lebih baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Lebih besar hadiah, lebih baik.

Beregu lelaki terbaik negara Aaron Chia percaya kenaikan dengan jumlah yang besar wang hadiah kemenangan ditawarkan Final Jelajah Dunia (WTF) tahun ini, akan meningkatkan lagi prestasi beliau dan pasangannya Soh Wooi Yik pada kejohanan penutup musim 2023, di Hangzhou China dari 13-17 Dis ini.

“Dapat wang hadiah kemenangan seperti dapat ‘ang pau’. Secara amnya, wang ditawarkan bagus untuk sukan badminton,” katanya pada sidang media berkaitan WTF 2023 di sini semalam.

Bulan lepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan bahawa WTF kekal menjadi kejohanan badminton paling mahal, dengan badan itu menyediakan hadiah US$11.5 juta (RM53.7 juta) untuk tempoh empat tahun.

Menurut BWF, jumlah hadiah untuk final tahun ini dan tahun hadapan masing-masing US$2.5 juta (RM11.7 juta), manakala US$3 juta (RM14 juta) untuk edisi 2025, diikuti US$3.5 juta (RM16 juta) pada 2026.

Sebagai perbandingan, sejumlah US$1.5 juta (RM7 juta) disediakan pada edisi 2022 di Nimibutr Arena, Bangkok.

Aaron berkata kejohanan tahun ini agak terbuka, kerana kesemua pasangan beregu agak setara kekuatan mereka.
“Dalam beregu lelaki, mana-mana pasangan berpeluang untuk menang gelaran. Untuk menang, semua kena konsisten,” katanya.

Aaron berkata mereka tidak berasa sebarang tekanan, walaupun gagal untuk melepasi peringkat kumpulan pada tiga kejohanan terakhir mereka di WTF (2019, 2020 dan 2021).

Tujuh pasangan lain yang layak untuk edisi 2023 ialah pasangan nombor satu dunia dari China Liang Wei Keng-Wang Chang, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (Indonesia), Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae (Korea Selatan), Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (Jepun), Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (Denmark), Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi (China) dan Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana (Indonesia).

Lapan pasangan tersebut akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan dua terbaik dalam setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Undian kumpulan akan diadakan pada Isnin.

Sementara itu Wooi Yik berkata hadiah kemenangan yang tinggi akan meningkatkan lagi status badminton dalam kalangan peminat sukan di seluruh dunia.

“Ketika kami bermain di Sukan Olimpik Tokyo, badminton hanya satu sukan kecil berbanding yang lain. Diharapkan dengan peningkatan hadiah ini, akan membantu mempromosikan lagi sukan badminton,” katanya.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berkata hadiah yang besar menunjukkan bahawa badminton mempunyai masa hadapan yang baik, terutamanya pada generasi muda.

Tahun ini juara perseorangan masing-masing akan menerima US$200,000 (RM933,000), manakala US$210,000 (RM980,000) menanti juara beregu, diikuti masing-masing US$100,000 (RM466,000) untuk tempat kedua dan US$50,000 (RM233,000) untuk yang layak ke separuh akhir.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

Tze Yong cedera tulang belakang

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, mengalami kecederaan tulang belakang dan cakera semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan

BERITA TERBARU

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.