ARTIKEL

Wu Kang-Ren Dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wu Kang-Ren merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025, di sini malam tadi.

Beliau memenangi kategori itu menerusi wataknya dalam filem Abang Adik.

Seorang lagi pelakon Malaysia, Sweet Qismina turut cemerlang apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi lakonannya dalam filem Babah.

Filem produksi Malaysia Tegkang turut meraih Anugerah Khas Juri bersama filem Waiters dari Brunei.

Tenement, sebuah karya terbitan Kemboja, muncul filem terbaik festival.

Pemenang lain termasuk Yunita Siregar dari Indonesia yang diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya dalam Home Sweet Loan, manakala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menjadi milik aktor Filipina Ronnie Lazaro menerusi peranannya dalam The Gospel of the Beast.

Sementara itu, Pham Thien An dinobatkan Pengarah Terbaik bagi Inside the Yellow Cocoon Shell selain filem berkenaan membawa pulang Anugerah Penyuntingan Filem Terbaik.

Anugerah Lakon Layar Terbaik diberikan kepada produksi Filipina The Gospel of the Beast manakala Some Nights I Feel Like Walking juga daripada Filipina memenangi Sinematografi Terbaik.

Selain itu, Mbutik dari Indonesia meraih Anugerah Semangat ASEAN yang disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pembuat filem Filipina Lav Diaz menerima Anugerah Sepanjang Hayat AIFFA manakala pelakon Hong Kong Simon Yam merangkul Anugerah Inspirasi ASEAN, yang kedua-dua anugerah disampaikan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. — Bernama

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU