CHENGDU, China: Maskot pertandingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2024 iaitu ‘Xiong Du Du’ dan ‘Yu Rong Rong’ tampil bertemu dengan khalayak ramai di sini pada petang semalam.
Peringkat final Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Chenghdu, China, dari 27 April hingga 5 Mei, disertai 32 pasukan dari 20 negara.
Sebagai pertandingan badminton bertaraf tertinggi di dunia, Piala Thomas dan Piala Uber edisi ini kali pertama diadakan di kawasan barat China dan juga pertandingan badminton peringkat tertinggi sebelum Sukan Olimpik Paris tahun ini.
Menurut jadual pertandingan yang diumumkan pihak penganjur, empat perlawanan pembukaan ialah pasukan China berdepan pasukan Singapura dalam Kumpulan A Piala Uber, dan pasukan Jepun melawan pasukan Uganda dalam Kumpulan C Piala Uber.
Pasukan Malaysia berdepan pasukan Hong Kong China dalam Kumpulan D Piala Thomas manakala pasukan Korea Selatan melawan pasukan Kanada dalam Kumpulan A. — BERNAMA-CMG






