ARTIKEL

Yayasan Sarawak perlu mainkan peranan lahir rakyat Sarawak berbakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Yayasan Sarawak perlu memainkan peranan dalam melahirkan rakyat negeri ini yang berbakat bagi melonjakkan ekonomi daripada perangkap pendapatan sederhana kepada ekonomi maju.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kekuatan negeri ini terletak pada sumber yang dimiliki, khususnya tenaga.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan. Foto Ramidi Subari

Katanya, tenaga merupakan enjin pertumbuhan bagi setiap sektor ekonomi, namun negeri ini memerlukan tenaga manusia untuk memberikan nilai tambah kepada sumber berkenaan.

“Bakat merupakan kunci untuk kita bergerak ke hadapan menuju ekonomi baharu. Oleh itu, Yayasan Sarawak perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan rakyat Sarawak yang memiliki bakat tersebut supaya kita dapat melonjakkan ekonomi daripada perangkap pendapatan sederhana kepada ekonomi maju,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-55 Yayasan Sarawak di sebuah hotel di sini malam tadi.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) bersama-sama kenamaan lain memotong kek sempena sambutan ulang tahun ke-55 Yayasan Sarawak. Foto Ramidi Subari

Abang Johari yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak berkata, Yayasan Sarawak memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai latar belakang dan ilmu pengetahuan untuk membangunkan negeri ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pemimpin terdahulu, bermula daripada Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya’kub yang menubuhkan Yayasan Sarawak.

Abang Johari berkata, Sarawak turut mengambil keputusan menubuhkan sekolah antarabangsa yang menggunakan sukatan pelajaran Cambridge sambil mengekalkan sukatan pelajaran kebangsaan.

Pada masa sama, beliau berkata Sarawak turut membangunkan institusi pengajian tinggi, termasuk Universiti Teknologi Swinburne Sarawak dan Universiti Curtin Malaysia, yang merupakan kampus cawangan institusi dari Australia.

Selain itu, Sarawak turut membangunkan universiti milik sendiri iaitu Universiti Teknologi Sarawak (UTS), manakala i-CATS kini diberikan status universiti penuh dan dinamakan Universiti Teknologi Tun Openg Sarawak serta Kolej Laila Taib yang menjadi sebahagian daripada institusi pendidikan tinggi yang dibangunkan di negeri ini.

“Strategi ini pada asasnya bertujuan melahirkan rakyat Sarawak yang mempunyai pemikiran global.

“Perkara ini amat penting bagi membolehkan kita melonjakkan pembangunan dan menjadi sebahagian daripada Malaysia yang maju,” katanya.

Dalam sistem ini, beliau berkata anak-anak Sarawak perlu diberikan bantuan bagi membolehkan mereka mencapai tahap bakat dan keupayaan tersebut.

Di samping katanya, bantuan itu juga mesti memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat di Sarawak, sama ada di kawasan luar bandar mahupun bandar.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) bersama-sama kenamaan lain bergambar dengan penerima Anugerah Perkhidmatan Lama Khas selepas majlis penyampaian hadiah. Foto Ramidi Subari

BERITA LAIN

Pertahan 47 kerusi PBB, 82 kerusi GPS

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memburu kemenangan di kesemua 47 kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-12, kata Timbalan Presidennya, Datuk

BERITA TERBARU

Dasar pendidikan S’wak pacu ekonomi rakyat

“KALAU tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Peribahasa klasik ini membawa makna, cita-cita, harapan dan kejayaan tidak akan tercapai tanpa usaha gigih dan pengorbanan. Jasnita

HELLO KUCHING himpun penggiat seni

Penggemar muzik, seni dan aktiviti kreatif di bandar raya ini berpeluang menikmati pengalaman hujung minggu yang berbeza menerusi penganjuran acara HELLO KUCHING @ LEK pada