ARTIKEL

Yuna pilih Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemilihan bandar raya Kuching sebagai pentas Yuna Asia Tour adalah langkah berani dan tepat bagi Yunalis Mat Zara’ai atau Yuna, terus melebarkan sayapnya di seluruh Malaysia khususnya di wilayah Borneo.

Melawan ‘arus’ dengan tidak memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi konsert besar itu, penganjur RK LiveAsia dan Icon Entertainment yakin jelajah pada 27 Oktober ini di Hikmah Exchange, di sini akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej dan ‘kuasa’ Yuna yang tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan.

“Ini Yuna, seperti istimewanya wanita yang berhati besar membawa jauh karyanya mengembara ke pelbagai pelosok dunia, kami percaya Kuching akan menyaksikan persembahan hebat daripada beliau,” menurut penganjur konsert dalam kenyataan semalam.

Selain Kuching, konsert jelajah berkenaan turut diadakan di Tokyo, Jepun pada 16 Oktober dan Singapura pada 18 Oktober ini.

Yuna Asia Tour di Kuching bakal mencipta detik indah tersendiri antara Yuna dengan peminat yang merindukan penampilannya di pentas tanah air, sekali gus mempamerkan kredibiliti seninya.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam industri muzik, hasil yang dituai anak kelahiran Kedah itu ternyata cukup manis dengan kolaborasi lagu bersama-sama beberapa figura tersohor seperti Usher dan Jay Park.

Dilihat tepat pada masa serta seiring dengan pelancaran album kelimanya Y5, Yuna bersedia bertemu peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong perjalanan karier seninya dari zaman MySpace hingga ‘dipinang’ komposer terkemuka antarabangsa David Foster untuk bernaung di bawah Verve Music Group.

Bintang berusia 37 tahun itu tidak akan menghampakan penonton di pentas Hikmah Exchange apabila bakal mendendangkan ‘buah tangan’ hitnya, sama ada dalam bahasa Inggeris atau Melayu seperti Hello, Lullabies, Dan Sebenarnya dan single terbaharunya, Masih Sunyi.
Pembelian tiket bermula 2 Oktober lepas dengan harga bermula RM250. Maklumat lanjut mengenai Yuna Asia Tour, boleh melayari https://www.ticket2u. com.my/event/32887. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan