ARTIKEL

Zeppo Youngsterz juara HARU Dance Competition 2026 di Seoul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kumpulan tarian Malaysia, Zeppo Youngsterz, muncul juara pertandingan tarian berprestij HARU Dance Competition 2026 di Seoul, Korea Selatan.

Kejayaan itu menambah pencapaian dalam perkembangan seni kreatif tempatan sekali gus membuktikan keupayaan penari Malaysia di pentas antarabangsa.

Dalam hantaran di Instagram, kumpulan itu meluahkan rasa bangga mewakili negara dan mendedikasikan kemenangan tersebut kepada semua pihak yang menyokong mereka.

Selain itu, mereka merakamkan penghargaan kepada penganjur serta peminat yang yakin dengan visi seni yang dibawa kumpulan berkenaan.

Zeppo Youngsterz dikenali dengan gabungan unsur tradisional Melayu dan tarian jalanan kontemporari, khususnya hip-hop, manakala laman sosialnya dibanjiri ucapan tahniah daripada rakyat Malaysia seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

K-pop lebih sekadar hiburan

DI sebalik kesibukan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan dan memenuhi tuntutan kehidupan sebagai mahasiswa, muzik pop Korea atau K-pop menjadi antara sumber hiburan yang memberikan ketenangan

Ferrari tampil dengan sut putih

Ferrari bakal tampil dengan penampilan berbeza pada Grand Prix (GP) Amerika Syarikat di Litar Amerika (COTA), Austin, apabila Lewis Hamilton dan Charles Leclerc akan mengenakan

BERITA TERBARU