ARTIKEL

Zii Jia bakal terima bayaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYERTAAN pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas negara memerlukan kos kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan bayaran ‘hak imej’ kepada pemain tersebut.

Team LZJ, dalam satu kenyataan semalam, mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.

“Kami menghargai kepentingan hak imej untuk kehidupan seorang atlet profesional yang bebas daripada naungan persatuan.

Kami sangat gembira kerana BAM menyedari perkara ini dan menyokong kewujudan atlet profesional.

“Adalah harapan kami agar kita semua dapat melihat ini sebagai penambahbaikan sukan ini bukan sahaja untuk kita tetapi untuk atlet profesional mewakili negara pada masa hadapan,” menurut pasukan itu.

Team LZJ juga memaklumkan hasrat pemain ranking ke-11 dunia itu untuk menyarung jersi negara pada kempen Piala Thomas di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei ini tidak pernah dipertikaikan.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Pengarah Pentadbiran BAM, Michelle Chai berkata pengumuman skuad Piala Thomas terpaksa mengambil sedikit masa berikutan perbincangan dengan pihak Zii Jia mengenai ‘pampasan’ untuk mewakili skuad negara.

Zii Jia, yang meninggalkan BAM pada Januari 2022, adalah pemain yang ditaja oleh Victor iaitu pesaing kepada Yonex yang menjadi salah satu penaja utama kepada BAM.

BAM semalam mengumumkan skuad Piala Thomas, selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam Jun Wei dan Justin Hoh dalam acara perseorangan lelaki.
Gandingan utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai kem beregu yang turut dibarisi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Muhammad Haikal Nazri.

Malaysia, yang menjadi pasukan pilihan kelima dalam kempen Piala Thomas, diundi dalam Kumpulan D Bersama-sama jaguh Eropah dan juara 2016, Denmark, Hong Kong dan Algeria.

Dalam itu, Zii Jia tersingkir di suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, semalam apabila tewas mudah 11-21, 6-21 kepada juara All England, Jonatan Christie dari Indonesia.- BERNAMA

BERITA LAIN

Samarahan tidak rela berputih mata

BINTULU: Skuad Samarahan bersedia mengharungi baki 90 minit aksi separuh akhir kedua menentang Bintulu di Stadium Bintulu, petang esok. Pasukan itu membawa bekalan kelebihan tiga

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah