ARTIKEL

Indra Wijaya (kiri) dan Lee Zii Jia (kanan) - Gambar fail

Zii Jia, Indra setuju selesai kes luar makhamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mendapat tonik berharga untuk meneruskan aksi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas kesnya dengan  bekas jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya dipersetujui untuk diselesaikan di luar mahkamah.

Menerusi kenyataan media dikeluarkan oleh pihak peguam Indra, memaklumkan keputusan itu berdasarkan persefahaman bersama yang disahkan menerusi suratcara peguam masing-masing.

Surat berkenaan dikeluarkan melalui Tetuan Law Partnership (bertindak bagi pihak LZJ Management Sdn Bhd) bertarikh 6 Feb dan Tetuan Wan Ahmad Ridzuan & Co (bagi pihak Indra), semalam (14 Feb). 

“Berhubung dengan tuntutan yang difailkan oleh Indra terhadap LZJ Management Sdn Bhd (Pengurusan LZJ),dengan sukacita kami memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk penyelesaian luar mahkamah secara baik. 

“Perpisahan antara LZJ Management dan Indra berlaku semata-mata atas pertimbangan oleh pasukan LZJ mengenai falsafah, kaedah kejurulatihan dan latihan LZJ,” demikian menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu juga memaklumkan perpisahan antara LZJ Management dan Indra tidak mempunyai kaitan dengan kaedah kejurulatihan dan prestasi jurulatih Indonesia berkenaan.  

Pada Januari tahun lepas, Indra dilapor memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zii Jia selepas mendakwa diberhentikan secara tidak adil oleh Team LZJ pada November 2022.

Indra menandatangani kontrak tiga tahun dengan Team LZJ pada Februari 2022 tetapi diberhentikan sembilan bulan selepas itu. -Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,