ARTIKEL

Zizi Kirana | Foto: Insta

Zizi Kirana sah bercerai talak satu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASANGAN selebriti, Yusuf Bahrin, 34, dan Zizi Kirana, 41, sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, hari ini.

Perkara itu dikongsikan oleh peguam syarie, Noorhaiza Mariena Mat Ramli mewakili Zizi Kirana.

“Prosiding pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling adalah di bawah satu permohonan perceraian bawah Seksyen 47 (Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003), pihak Zizi dan Yusuf bersetuju untuk permohonan cerai ini dilaksanakan.

“Prosiding permohonan cerai ini dijalankan di hadapan (Hakim Syarie) Muhammad Saifullah Hamzah dan direkodkan lafaz cerai terhadap Zizi talak satu secara raj’ie,” katanya memetik media tempatan.

Haiza turut berkata, prosiding hari ini dijalankan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Zizi yang enggan mengulas lanjut hanya meluahkan rasa syukur apabila segala urusan sudah selesai.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi Kirana bernikah pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan All Together Now Malaysia dan belum dikurniakan cahaya mata.

BERITA LAIN

Shuib Sepahtu tampil mohon maaf

PELAWAK Shuib Sepahtu mengambil tanggungjawab atas ketegangan yang berlaku antara dirinya dengan rakan seperjuangannya, Jep Sepahtu, apabila tampil memohon maaf secara terbuka selepas hampir seminggu

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke