Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin bagi membincangkan konflik terkini ketika pengeboman berterusan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza.
Pada sesi berkenaan, Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata, hampir 70 peratus mereka yang terkorban di Gaza terdiri kanak-kanak dan wanita.
Hampir 3,200 kanak-kanak maut di Gaza dalam tempoh tiga minggu ini melebihi jumlah kanak-kanak yang terbunuh setiap tahun di seluruh zon konflik di dunia sejak 2019, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Berita lanjut menyusul di https://suarasarawak.my/.



