August 29, 2026

LPB  bersedia perkukuh peranan sebagai hab eksport tenaga hijau serantau

BINTULU: Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) bersedia memasuki era baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Sarawak mulai 1 September ini dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kedudukannya sebagai hab perdagangan dan eksport tenaga hijau utama di rantau Asia Pasifik. Pengurus Besar LPB, Kapten Zakhir Khan Yusop berkata pengambilalihan pelabuhan itu oleh Kerajaan Sarawak bukan sekadar pertukaran pentadbiran, sebaliknya kesinambungan kepada legasi pembangunan yang dibina selama 47 tahun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). Menurut beliau, sepanjang tempoh tersebut MOT berjaya membangunkan bukan sahaja infrastruktur pelabuhan, malah institusi, sistem tadbir urus, kepakaran teknikal, budaya keselamatan serta keyakinan industri yang menjadi asas kekuatan Pelabuhan Bintulu hari ini. “Sejak 1979, Lembaga Pelabuhan Bintulu berkembang seiring dengan perubahan ekonomi Bintulu, Sarawak dan Malaysia. Pelabuhan ini menjadi pintu perdagangan utama, pemangkin perindustrian dan penghubung sumber Sarawak dengan pasaran global,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perpisahan LPB daripada Kerajaan Persekutuan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penyerahan Surat Persaraan Kakitangan LPB  di sebuah hotel di sini, malam tadi. Beliau berkata tema ‘Built by MOT, A Legacy for Sarawak’ mencerminkan hakikat bahawa legasi sebenar yang diwariskan bukan hanya melibatkan aset fizikal seperti bangunan, dermaga dan peralatan, tetapi turut merangkumi sistem, standard operasi, tenaga kerja terlatih serta budaya perkhidmatan yang dibangunkan sejak penubuhannya. Dalam perkembangan berkaitan, Kapten Zakhir berkata BPA dijangka menerima pensijilan pertama EcoPorts pada September ini, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh amalan pengurusan pelabuhan secara mampan. Menurut beliau, pensijilan itu bakal mengukuhkan kedudukan Pelabuhan Bintulu sebagai antara peneraju pengurusan pelabuhan mampan di Asia Tenggara. Mengulas mengenai masa depan BPA, Kapten Zakhir berkata peralihan pentadbiran itu bukan penamat kepada perjalanan pelabuhan berkenaan, sebaliknya menjadi titik permulaan untuk memperkukuh kedudukan Pelabuhan Bintulu sebagai hab perdagangan, logistik dan tenaga strategik yang lebih berdaya saing di rantau ini.

1,738 titik panas dikesan di Kalimantan

KUCHING: Sebanyak 1,738 titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia setakat semalam, dengan kepulan asap rentas sempadan sederhana hingga tebal dari Kalimantan Barat bergerak ke arah

Sri Aman catat IPU 221

KUCHING: Sarawak terus merekodkan antara bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi negara dengan Sri Aman mencatat bacaan 221 yang dikategorikan sebagai sangat tidak sihat setakat

Jerebu tidak jejas persediaan atlet – Taufiq

SUNGAI PETANI: Jerebu yang melanda negara pada masa ini tidak menjejaskan persediaan atlet menjelang Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 19 Sept hingga 3  Okt ini